Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Thursday 7 August 2014

Perjanjian 20 Perkara Sabah Dalam Persekutuan Malaysia

Kepada mereka yang tidak tahu kandungan Perjanjian 20 Perkara Sabah dalam membentuk Persekutuan Malaysia, sila baca;

Perkara 20


Perkara 1: AGAMA

“WALAUPUN TIADA BANTAHAN TERHADAP ISLAM MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA, AGAMA RASMI TIDAK ADA DI BORNEO UTARA DAN PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN ISLAM MENGIKUT PELEMBANGAAN MALAYA HENDAKLAH TIDAK MERANGKUMI BORNEO UTARA.”

Perkara 2: BAHASA


“(a) BAHASA MELAYU HENDAKLAH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN PERSEKUTUAN.
(b) BAHASA INGGERIS AKAN TERUS DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH SEPULUH TAHUN SELEPAS HARI MALAYSIA.
(c) BAHASA INGGERIS HENDAKLAH MENJADI BAHASA RASMI BORNEO UTARA, UNTUK SEMUA TUJUAN BAIK PADA PERINGKAT NEGERI MAHUPUN PERSEKUTUAN TANPA HAD TEMPUH.”


Perkara 3: PERLEMBAGAAN

“WALAUPUN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYA DITERIMA SEBAGAI ASAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA, PERLEMBAGAAN MALAYSIA HENDAKLAH MENJADI DOKUMEN ANTARA NEGERI DAN BUKAN BERBENTUK BEBERAPA SIRI PINDAAN TERHADAP PERLEMBAGAAN YANG DIPERSETUJUI DALAM KEADAAN YANG BERLAINAN SAMA SEKALI. PERLEMBAGAAN BARU UNTUK BORNEO UTARA SUDAH TENTU PERLU.”

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

“KETUA NEGARA BORNEO UTARA TIDAK BOLEH MENJADI KETUA NEGARA PERSEKUTAN.”

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

“MALAYSIA” BUKANNYA “MELAYU RAYA”.

Perkara 6: IMIGRESEN

“KAWALAN KEMASUKAN ORANG KE MANA-MANA KAWASAN DI MALAYSIA DARI LUAR ADALAH TERLETAK DI BAWAH KUASA KERAJAAN PUSAT TETAPI KEMASUKAN KE BORNEO UTARA PERLU MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI. KERAJAAN PERSEKUTAN TIDAK BOLEH MENGHALANG KEMASUKAN ORANG KE BORNEO UTARA UNTUK TUJUAN KERAJAAN NEGERI KECUALI ATAS SEBAB KESELAMATAN.
BORNEO UTARA HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS BAGI MENGAWAL PERGARAKAN ORANG-ORANG DARI KAWASAN-KAWASAN LAIN DI MALAYSIA KE DALAM BORNEO UTARA, SELAIN DARIPADA YANG BEKERJA DENGAN KERAJJAN PERSEKUTUAN DI BORNEO UTARA.”

Perkara 7: HAK PEMISAH

“TIDAK HARUS ADA SEBARANG HAK UNTUK BERPISAH DARIPADA PERSEKUTUAN.”

Perkara 8: PERBORNEOAN

“PENGAMBILALIHAN PERKHIDMATAN AWAM OLEH RAKYAT BORNEO HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN SECEPAT MUNGKIN.”

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

“SEGALA USAHA HENDAKLAH DIBUAT UNTUK MENGGALAKKAN PARA PEGAWAI BRITISH KEKAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM SEHINGGA TEMPAT MEREKA BOLEH DIAMBIL OLEH ORANG-ORANG YANG LAYAK DARI BORNEO UTARA.”

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

“SARANAN-SARANAN DALAM PERENGAAN 148 (k) LAPORAN SURUHANJAYA COBBOLD HENDAKLAH MERANGKUMI HAK-HAK KEWARGANEGARAAN RAKYAT BORNEO UTARA DALAM PERSEKUTUAN, TERTAKLUK KEPADA PINDAAN-PINDAAN BERIKUT:
(A) PERENGGAN KECIL (I) TIDAK HARUS MENGANDUNGI PERUNTUKAN MENETAP SELAMA LIMA TAHUN;
(B) DEMI MENYELARASKANNYA KEPADA UNDANG-UNDANG KITA, PERENGGAN KECIL (ii) (a) HENDAKLAH BERBUNYI “TUJUH DARIPADA SEPULAH TAHUN” DAN BUKKANNYA “LAPAN DARIPADA DUA BELAS TAHUN”; DAN
(C) PERENGGAN KECIL (iii) SEHARUSNYA TIDAK MENGANDUNGI SEKATAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN IBU-BAPA – SESEORANG YANG LAHIR DI BORNEO UTARA SELEPAS MALAYSIA MESTILAH MENJADI WARGANEGARA PERSEKUTUAN.”

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

“BORNEO UTARA HENDAKLAH BERHAK MENGAWAL KEWANGAN TABUNG PEMBANGUNAN DAN TARIFNYA SENDIRI.”
Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA
“PADA PRINSIPNYA SUKU KAUM BUMIPUTERA DI BORNEO UTARA HENDAKLAH MENIKMATI HAK-HAK ISTEMEWA SEPERTI YANG DINIKMATI OLEH KAUM MELAYU DI MALAYA, TETAPI FORMUKA MALAYA YANG DIGUNAKAN DI MALAYA KETIKA INI TIDAK SEMESTINYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BORNEO UTARA.”

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

“(a) KETUA MENTERI HENDAKLAH DIPILIH OLEH ANGGOTA-ANGGOTA MAJLIS PERUNDANGAN TIDAK RASMI;
(b) SISTEM MENTERI YANG SEMPURANA HENDAKLAH DIUJUDKAN DI-BORNEO UTARA.”

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

“TEMPOH PERALIHAN HENDAKLAH DISERAHKAN PADA NEGERI BORNEO UTARA OLEH PERLEMBAGAAN DAN TIDAK SEKADAR DIAMANAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.”

Perkara15: PELAJARAN“SISTEM PENDIDIKAN YANG ADA DI-BORNEO UTARA SEKARANG HENDAKLAH DIKEKALKAN DAN DILETAKKAN DI BAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN NEGIRI.”


Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

“KERAJAAN PUSAT TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBARANG PUINDAAN, MENGUBAHSUAI ATAU MENARIK BALIK MANA-MANA PERLINDUNGAN KHAS YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA BORNEO UTARA TANPA PERSETUJUAN KERAJAAN BORNEO UTARA. KUASA MEMBINDA PERLEMBAGAAN NEGERI BORNEO UTARA ADALAH HAK MUTLAK RAKYAT NEGERI ITU.”

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

“INI HENDAKLAH MENGAMBIL KIRA BUKAN SAJA JUMLAH PENDUDUK BORNEO UTARA TETAPI JUGA SAIZ DAN PETENSINYA DAN DALAM APA KEADAAN PUN TIDAK HARUS KURANG DARIPADA SINGAPURA.”

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

“YANG DI PERTUA NEGARA”

Perkara19: NAMA NEGERI

SABAH

Perkara20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

“PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BERHUBUNG DENGAN KUASA MAJLIS TANAH NEGARA TIDAK HARUS MERANGKUMI BORNEO UTARA. MAJLIS KEBANGSAAN BAGI KERAJAAN TEMPATAN JUGA TIDAK HARUS
MERANGKUMI BORNEO UTARA.”

Pertanyaan kepada warga Sabah. Adakah perkara ini telah dipatuhi?

Kepada warga bukan Sabah. Adakah anda rasa Kerajaan sekarang telah mematuhi perjanjian ini?

Wednesday 6 August 2014

Sejarah Pembentukan Malaysia


Adakah "MALAYSIA" perlu disebut sebagai "NEGARA MALAYSIA" atau "PERSEKUTUAN MALAYSIA". Apakah yang pembaca faham dengan perbezaan panggilan ini.

Disini penulis akan cuba menerangkan setakat yang penulis faham. Perkataan Negara diperolehi apabila sebuah pemerintahan yang telah dijajah dan mendapat kemerdekaan. Dengan itu, pemerintahan itu akan dipanggil sebuah negara yang merdeka. Persekutuan pula merupakan sebuah gabungan pemerintahan yang berbeza dan bekerjasama untuk memperolehi kemerdekaan bersama~sama. Dalam kes Persekutuan Tanah Melayu, terdapat banyak kawasan yang mempunyai pemerintahan sendiri sebelum bersatu dalam satu nama untuk mendapatkan kemerdekaan. Dengan banyaknya kawasan yang mempunyai pemerintah sendiri maka terbentuklah sebuah Persekutuan Tanah Melayu iaitu gabungan beberapa pemerintahan. Dalam sejarah, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957 dari jajahan British.

Sarawak dan Sabah pula mempunyai pemerintahan sendiri tidak seperti Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai banyak kawasan yang berbeza pemerintah. Sarawak diperintah oleh keluarga Rajah Brooke iaitu satu~satunya yang memerintah Sarawak. Apabila Sarawak mendapat kemerdekaa pada 22 Julai 1963 ianya merupakan sebuah negara merdeka. Ianya dipanggil Negara Sarawak. Seperti Sarawak, Sabah juga mempunyai satu pemerintah iaitu kerajaan British yang dipanggil North Borneo. Sabah tidak mempunyai kawasan yang mempunyai pemerintah yang berasingan, tidak seperti Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, apabila Sabah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Sabah merupakan sebuah negara iaitu Negara Sabah.


Disini, pembaca sepatutnya sudah faham status Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, Negara Sarawak dan Negara Sabah adalah sama. Masing~masing mempunyai tarikh kemerdekaannya sendiri. 

MALAYSIA? Bila masa perkataan MALAYSIA diguna pakai? Bukankah hanya ada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah (mungkin Singapura juga) Jadi, dari mana asal usul perkataan MALAYSIA ini.? MALAYSIA wujud setelah gabungan tiga(3) entiti atau tiga(3) pemerintahan yang merdeka. Dengan termeterainya Perjanjian 1963 iaitu Perjanjian 18 perkara bagi Negara Sarawak dan Perjanjian 20 perkara bagi Negara Sabah. Perjanjian ini termeterai pada 16 September 1963. Tarikh inilah barulah bermula perkataan MALAYSIA diguna pakai. Perjanjian ini bertujuan melindungi hak kedua~dua negara ini supaya tidak dicabuli oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.  Jadi, dalam penerangan ini...bilakah MALAYSIA merdeka?BILA? MALAYSIA tidak pernah merdeka? YA! MALAYSIA tidak pernah merdeka. Kerana melalui pengabungan tiga pemerintahan yang sudah sedia merdeka maka wujud lah Malaysia yang merdeka. Dalam pengabungan tiga pemerintahan ini tidak wujud perkataan "menyertai Malaysia" kerana Malaysia wujud setelah pengabungan ini dan Malaysia tidak wujud jika tiada pengabungan tiga pemerintahan ini. Masih tidak faham? Jika ya...Anda mempunyai masalah subjek sejarah atau pun anda telah lulus dengan sangat cemerlang dalam subjek sejarah.


Dalam pembelajaran di sekolah, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tidak terdapat penerangan yang jelas tentang Negara Sarawak dan Negara Sabah. Sejarah yang dipelajari adalah sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Apakah tujuan sejarah Sarawak dan Sabah tidak wujud dalam buku sejarah sekolah? Siapa yang memberi arahan agar hanya sejarah Tanah Melayu yang diajar di sekolah? Kemana hilangnya sejarah Sarawak dan Sabah?

Persoalan seterusnya. Adakah Sarawak dan Sabah setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu. Jawapan yang mudah. YA!. Penerangan yang mudah, Sarawak atau Sabah tidak sama taraf dengan Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan yang sewaktu dengannya. Negeri~negeri yang terbentuk di Tanah Melayu adalah di bawa naungan Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu setaraf dengan Sarawak dan Sabah. Maksudnya, Sarawak dan Sabah adalah lebih besar dari semua negeri~negeri di bawa Persekutuan Tanah Melayu.



Kesimpulannya, pengabungan antara tiga pemerintahan yang merdeka MALAYSIA sepatutnya dipanggil PERSEKUTUAN  NEGARA MALAYSIA. Ini kerana tiga buah kerajaan yang merdeka dan berbeza bergabung menjadi satu. "United State Of  Malaysia" ?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Adakah bendera Malaysia perlu dikebarkan pada setiap 31 Ogos? Bukankah hanya bendera Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah yang patut dikebarkan? Kemana kah sudah bendera Persekutuan Tanah Melayu? HILANG?  Bukankah bendera Malaysia perlu lebih dikebarkan pada 16 September 1963? Bendera Sarawak perlu dikebarkan pada 22 Julai 1963? Kenapakah kerajaan tidak mengambil berat tentang perkara ini? Kenapa kerajaan tidak menjelaskan perkara ini? Terlalu banyak soalan dan terlalu sedikit jawapan. Adakah kerajaan perlu membiarkan generasi baru dan rakyat sendiri mencari jawapan?

Penerangan ini hanyalah melalui pengetahuan sendiri melalui sumber yang terhad. Tulisan ini hanya bertujuan untuk kita berfikir sejenak tentang perkara ini.


Via Ferrata Mount Kinabalu Sabah

Pernah kah anda mendengar perkataan Via Ferrata? Perkataan ini bermaksud "laluan besi dalam bahasa Itali". Melalui maksud dalam bahasa Itali, anda boleh memahami sedikit maksud perkataan ini. Ia merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga (besi), rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan Via Ferrata di dunia dan rakyat Sabah khususnya beruntung kerana Via Ferrata yang tertinggi di dunia boleh di kunjungi di Gunung Kinabalu Ranau, Sabah di mana poin tertinggi bermula pada lokasi ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada 3,800 meter dari paras laut. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan Via Ferrata diperkenalkan di Asia.



Aktiviti ini boleh dilakukan oleh semua dan membantu mereka yang pernah atau tidak pernah mengalami pengalaman untuk sampai ke permukaan batu yang biasa dicapai oleh pendaki berpengalaman.  Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti Via Ferrata ini termasuk lah tahap kesihatan sederhana, mampu mendaki setinggi 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang~kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang~kurangnya 1.3 meter dan yang paling penting, anda seorang yang tidak takut kepada ketinggian atau pun anda berani untuk mengatasi rasa takut dengan ketinggian dan cuba mengatasi rasa gayat.




Aktiviti ini sesuatu yang memberi pengalaman mencabar dan untuk anda yang ingin mencabar diri dan merasai pengalaman sendiri Via Ferrata di Gunung Kinabalu. Pendakian dinding batu Gunung Kinabalu ini mengambil masa dalam 2~3 jam sahaja.





Ganjaran utama dalam aktiviti ini adalah pengalaman baru berada pada kedudukan yang tinggi dan yang paling utama, anda akan menikmati pemandangan yang cantik yang tidak dapat dinikmati pada laluan mendaki yang biasa.

Maklumat lanjut sila hubungi Mountain Torq Sdn Bhd.

Tuesday 5 August 2014

Lembah Danum Lahad Datu Sabah

Lembah Danum terletak di daerah Lahad Datu Sabah. Kawasan ini kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.  Hutan ni menjadi habitat pelbagai binatang seperti Badak Sumatera, Orang Utan, pelanduk, harimau akar dan lebih dari 270 jenis burung yang boleh ditemui di hutan yang cantik ini.  



 Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini antaranya, berkunjung di Jambatan atas pokok, aktiviti melihat binatang atau burung, mengunjungi sungai dan air terjun yang sangat menyegarkan. Anda boleh sahaja mandi manda di sungai yang dibenarkan. Anda semestinya boleh berjalan~ jalan di sekitar hutan mengikut kawasan yang dibenarkan.



Kepada mereka yang berminat untuk menjejakan kaki di sini, anda boleh menghubungi banyak syarikat pengandalian pelancong yang berdaftar secara sah di Sabah.  Perjalanan mengambil masa dalam dua jam lebih dari Bandar Lahad Datu untuk sampai ke kawasan utama yang menjadi tumpuan pelancong dengan menggunakan kereta atau dengan pacuan 4 roda.  Perjalanan melaluai jalan yang tidak berturap namun dijaga dengan sangat baik oleh pihak yang bertanggunjawab.



Pengunjung juga boleh menghubungi Pejabat Pelancongan Sabah untuk maklumat lanjut.