Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Friday, 4 April 2014

PORING HOT SPRING


Poring Hot Spring merupakan salah satu tarikan pelancong di Sabah. Terletak di Taman Kinabalu. Lebih kurang 120KM dari Kota Kinabalu.Mata Air Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. Apatah lagi bagi para pendaki yang baru turun dari puncak Kinabalu. Kehangatan air mineral di sini sudah tentu melenyapkan segala penat lelah. Kolam air panas ini amat popular di kalangan penduduk tempatan yang datang membanjiri kawasan rekreasi tersebut pada hari cuti dan hujung minggu.




 Di Poring, para pelawat boleh juga bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan di atas Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Pemandangan ke bawah dari puncak pohon Menggaris atau Raja Kayu sukar digambarkan. Para pelawat harus mengalaminya sendiri bagi merasai debaran dan kepuasan yang dikecapi berada di celah pucuk pepohon tertinggi.





Pengunjung juga boleh mencabar diri untuk melawat antara Air Terjun Tercantik di Malaysia iaitu Air Terjun Langanan. Anda tidak akan rugi dengan pengalaman yang anda akan perolehi dengan meredah hutam tebal sebelum sampai ke air terjun ini. Setiap yang berjaya sampai akan puas hati dengan pemandangan yang dihidangan oleh alam semulajadi di sini.


Setelah anda penat merdeah hutan dengan cabaran alam terutamanya laluan yang mendaki dan halangan pacat di sepanjang laluan ke Air Terjun Langanan, boleh lah anda merehatkan badan dengan mandi manda di kawasan yang disediakan.






Sumber: Poring Sabah

Kundasang War Memorial


Kundasang War Memorial yang terletak lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.





 

 Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

 Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun






 Di Memorial ini juga diletakkan senarai nama tentera yang telah terkorban dalam memperingati jasa mereka yang telah membantu pada waktu Perang Dunia Kedua.

 Sumber: Pelancongan Sabah

Thursday, 27 March 2014

Mt.Trus Madi Part 2

  Gunung Trus Madi terletak di antara Daerah Tambunan, Ranau, Sook Dan Keningau, Sabah. Laluan terdekat dan yang baru terletak di Daerah Tambunan.

  Dengan ketinggian 2,642 meter dari paras laut, menjadikan gunung Trus Madi gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Dan gunung ini lebih tinggi berbanding gunung ketiga tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Tambuyukon iaitu setinggi 2,580 meter dari paras laut terletak di Daerah Ranau Sabah.

  Di sini antara pemandangan yang boleh diperolehi jika berpeluang untuk mendaki gunung Trus Madi.
















Untuk merancang pendakian di gunung  Trus Madi, pendaki perlu berhubung dengan Jabatan Hutan Sabah.

FISH MASSAGE, KG.LUANTI RANAU


Inginkan sesuatu yang berlainan daripada spa biasa yang kamu sering lakukan? Datanglah ke kampung Luanti Ranau untuk sesi "fish massage". Kampung Luanti Ranau terletak 131 kilometer dari Kota Kinablau dan 2 jam 40 minit pemanduan.

Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang.





Untuk info lawati page berikut;

Tuesday, 26 March 2013

1MG 1MC - KINARUT, SABAH



"1MALAYSIA GREEN TOURISM, 1MALAYSIA CLEAN"
(1MG 1MC)

Kempen "1Malaysia Green Tourism,1Malaysia Clean" Dilancarkan
Bertujuan memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan

Program ini dilancarkan pada 18  Julai 2010 oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan berterusan sehingga kini.  Di bawa ini merupakan sebahagian daripada gambar semasa program 1MG 1MC yang dijalankan baru-baru ini di  Pantai Kinarut bersama-sama dengan pelajar dari SMK Kinarut, Cosmopoint College, KK dan orang ramai yang turut hadir.












Kepada mereka yang berminat untuk membantu dan menyumbang tenaga dalam program 1MG 1MC ini, boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli 'Volunteer Tourism'. Anda juga boleh melaporkan/aduan kepada Kementerian ini mengenai Pusat Pelancongan yang mempunyai masalah kebersihan.  Bersama-sama kita menjaga Kebersihan Lokasi Pelancongan... :)  Aduan/laporan masalah kebersihan Lokasi Pelancongan.