Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Monday, 7 April 2014

Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)

Bangsa Rungus merupakan salah satu Kaum Asli penduduk Sabah. Pada zaman dahulu, Kaum Rungus tinggal di rumah panjang di panggil "BINATANG" dalam bahasa Rungus yang bermaksud bambu yang dibelah kecil-kecil dan disusun rapi sebagai lantai dan dinding rumah panjang tersebut diambil dari kulit kayu yang terpilih. Atap rumah panjang ini dibina dari daun nipah.




Kg.Bavanggazo atau lebih dikenali sebagai Rungus Longhouse terletak 41KM dari Pekan Kudat dan 98KM dari Bandaraya Kota Kinabalu dalam 2 jam 30 minit perjalanan.



 Kepada mereka yang berminat untuk mengalami sendiri suasana tinggal di rumah panjang ini, boleh berkunjung ke Kudat.





Untuk maklumat lanjut, pembaca atau pengunjung boleh melayari link ini.
Sumber lain: SABAHTOURISM

Sunday, 6 April 2014

PEKAN KUNDASANG, RANAU SABAH

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
 

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum DusunSungaiBajauMelayuCina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada BugisTatorTimorJawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.






Kundasang Merupakan Pekan yang sangat sesuai dalam pembangunan sektor pelancongan. Pekan ini juga merupakan antara pekan kecil di Sabah, namun saiz pekan ini tidak mampu menutup kewujudan Pekan Kundasang yang dikenali di seluruh Malaysia malah luar negara kerana merupakan pekan yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu.

Friday, 4 April 2014

SEMPORNA SABAH, PUSAT PELANCONGAN 5 BINTANG

Semporna Sabah, antara Daerah yang sempurna dari segi nilai pelancongan.
Daerah ini dianugerahkan dengan pulau-pulau yang sangat indah dan lokasi sukan air yang sangat sempurna.







Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, snorkeling, berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan
Terdapat lebih 20 Operator Pelancongan wujud di Semporna bagi pengurusan Hotel/Resort, kursus menyelam(PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan Island Hopping dan memancing. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam. 



Untuk tujuan menyelam, Snorkeling, berkelah, berbulan-madu, Island-Hopping dan menginap di Resort rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan Taman Marin Tun Sakaran.



Bagi penggemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, rapala, kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di Pekan Daerah Semporna seperti dikawasan pasar, Ssupermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan Resort floating Dragon-Inn). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti Sunblock/Sunscreen) boleh didapati di Guardian, Semporna.





Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-tampi merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang suka mengkaji Kehidupan lampau


PORING HOT SPRING


Poring Hot Spring merupakan salah satu tarikan pelancong di Sabah. Terletak di Taman Kinabalu. Lebih kurang 120KM dari Kota Kinabalu.Mata Air Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. Apatah lagi bagi para pendaki yang baru turun dari puncak Kinabalu. Kehangatan air mineral di sini sudah tentu melenyapkan segala penat lelah. Kolam air panas ini amat popular di kalangan penduduk tempatan yang datang membanjiri kawasan rekreasi tersebut pada hari cuti dan hujung minggu.




 Di Poring, para pelawat boleh juga bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan di atas Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Pemandangan ke bawah dari puncak pohon Menggaris atau Raja Kayu sukar digambarkan. Para pelawat harus mengalaminya sendiri bagi merasai debaran dan kepuasan yang dikecapi berada di celah pucuk pepohon tertinggi.





Pengunjung juga boleh mencabar diri untuk melawat antara Air Terjun Tercantik di Malaysia iaitu Air Terjun Langanan. Anda tidak akan rugi dengan pengalaman yang anda akan perolehi dengan meredah hutam tebal sebelum sampai ke air terjun ini. Setiap yang berjaya sampai akan puas hati dengan pemandangan yang dihidangan oleh alam semulajadi di sini.


Setelah anda penat merdeah hutan dengan cabaran alam terutamanya laluan yang mendaki dan halangan pacat di sepanjang laluan ke Air Terjun Langanan, boleh lah anda merehatkan badan dengan mandi manda di kawasan yang disediakan.






Sumber: Poring Sabah

Kundasang War Memorial


Kundasang War Memorial yang terletak lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.





 

 Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

 Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun






 Di Memorial ini juga diletakkan senarai nama tentera yang telah terkorban dalam memperingati jasa mereka yang telah membantu pada waktu Perang Dunia Kedua.

 Sumber: Pelancongan Sabah

Thursday, 27 March 2014

Mt.Trus Madi Part 2

  Gunung Trus Madi terletak di antara Daerah Tambunan, Ranau, Sook Dan Keningau, Sabah. Laluan terdekat dan yang baru terletak di Daerah Tambunan.

  Dengan ketinggian 2,642 meter dari paras laut, menjadikan gunung Trus Madi gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Dan gunung ini lebih tinggi berbanding gunung ketiga tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Tambuyukon iaitu setinggi 2,580 meter dari paras laut terletak di Daerah Ranau Sabah.

  Di sini antara pemandangan yang boleh diperolehi jika berpeluang untuk mendaki gunung Trus Madi.
















Untuk merancang pendakian di gunung  Trus Madi, pendaki perlu berhubung dengan Jabatan Hutan Sabah.

FISH MASSAGE, KG.LUANTI RANAU


Inginkan sesuatu yang berlainan daripada spa biasa yang kamu sering lakukan? Datanglah ke kampung Luanti Ranau untuk sesi "fish massage". Kampung Luanti Ranau terletak 131 kilometer dari Kota Kinablau dan 2 jam 40 minit pemanduan.

Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang.





Untuk info lawati page berikut;