Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Monday, 7 April 2014

TAMAN PERTANIAN SABAH

Taman Pertanian Tenom Sabah merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai  pelbagai spesies tanaman. Ia terletak di Lagud Sebrang kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom.  Dengan berlatar belakangkan Banjaran Kroker wujud pemandangan yang indah di taman ini. Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian.








Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan.




Taman Pertanian ini boleh dihubungi dengan kenderaan yang memakan masa selama 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu iaitu sejauh 200km.




Taman Pertanian ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi lawatan untuk pelajar bagi tujuan pembelajaran. Di taman ini ditanam dengan pelbagai jenis buah-buahan untuk membolehkan pengunjung atau pelajar lebih dekat lagi kepada tanaman buah-buahan.



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment