Homestay ini terletak di daerah Kudat, Sabah. Homestay ini merupakan salah satu homestay yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong dalam dalam luar Negara di Sabah.
Homestay ini boleh dihubungi melalui jalan darat dan jalan udara. Bagi perjalanan melalui darat perlukan masa dalam 2 jam 30 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi perjalanan udara pula hanya memerlukan dalam masa kurang 40 minit.
Di Homestay ini, pengunjung boleh melakukan banyak aktiviti yang menyeronokan seperti mandi manda di pantai, memancing, menangkap ketam di paya bakau, Jungle Trekking, Camping & Picnic (Beach & Jungle), Bicycle Ride & Buffalo Ride dan banyak lagi.
Jika anda bertuah, anda berpeluang untuk menghadiri upacara majlis perkahwinan cara orang Rungus yang pasti akan menarik perhatian anda.
Salah satu yang pasti menarik untuk di lawati di sini atau anda inginkan pengalaman baru, anda boleh untuk tidur di Rumah Panjang Rungus yang pasti menjadi salah satu pengalaman menarik.
Sumber :Misompuru Homstay, Sabah
Sumber :Misompuru Homstay, Sabah
0 comments:
Post a Comment