Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Wednesday, 6 August 2014

Via Ferrata Mount Kinabalu Sabah

Pernah kah anda mendengar perkataan Via Ferrata? Perkataan ini bermaksud "laluan besi dalam bahasa Itali". Melalui maksud dalam bahasa Itali, anda boleh memahami sedikit maksud perkataan ini. Ia merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga (besi), rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan Via Ferrata di dunia dan rakyat Sabah khususnya beruntung kerana Via Ferrata yang tertinggi di dunia boleh di kunjungi di Gunung Kinabalu Ranau, Sabah di mana poin tertinggi bermula pada lokasi ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada 3,800 meter dari paras laut. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan Via Ferrata diperkenalkan di Asia.



Aktiviti ini boleh dilakukan oleh semua dan membantu mereka yang pernah atau tidak pernah mengalami pengalaman untuk sampai ke permukaan batu yang biasa dicapai oleh pendaki berpengalaman.  Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti Via Ferrata ini termasuk lah tahap kesihatan sederhana, mampu mendaki setinggi 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang~kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang~kurangnya 1.3 meter dan yang paling penting, anda seorang yang tidak takut kepada ketinggian atau pun anda berani untuk mengatasi rasa takut dengan ketinggian dan cuba mengatasi rasa gayat.




Aktiviti ini sesuatu yang memberi pengalaman mencabar dan untuk anda yang ingin mencabar diri dan merasai pengalaman sendiri Via Ferrata di Gunung Kinabalu. Pendakian dinding batu Gunung Kinabalu ini mengambil masa dalam 2~3 jam sahaja.





Ganjaran utama dalam aktiviti ini adalah pengalaman baru berada pada kedudukan yang tinggi dan yang paling utama, anda akan menikmati pemandangan yang cantik yang tidak dapat dinikmati pada laluan mendaki yang biasa.

Maklumat lanjut sila hubungi Mountain Torq Sdn Bhd.

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment