Benar atau tidak?
Ikuti ulasan seorang senator dari Sabah.
Bekas seorang senator dari Sabah percaya bahawa pendatang yang
memperolehi kerakyataan secara haramlah yang akan menyebabkan Sabah menarik
diri dari Malaysia. Dr Chong Eng Leong berkata walaupun ada segelintir penduduk
tempatan menggesa pemisahan tersebut, tetapi sebenarnya, tegas beliau, mereka
yang mendapat faedah dari Projek IC yang akan memisahkan negeri itu daripada
Malaysia.
"Saya bimbang satu hari nanti, Sabah akan keluar dari
Malaysia, bukan kerana kita (rakyat Sabah), tetapi kerana mereka
(pendatang)," kata Chong dalam satu forum mengenai pendatang tanpa izin di
Sabah di Kuala Lumpur malam tadi.Empat rakyat Sabah didakwa semalam atas tuduhan
menghasut, memilik bahan yang dikaitkan dengan lamanweb Sabah Sarawak Keluar
Malaysia.
Bagaimanapun, Chong percaya sebahagian besar rakyat Sabah tidak
mahu meninggalkan Persekutuan Malaysia. Penduduk tempatan sebenar Sabah tidak
akan menarik diri daripada Malaysia, kata Chong kepada pemberita selepas forum
tersebut. Katanya, ada segelintir yang mencuba, tetapi pihaknya bimbang mereka
ini bukan penduduk sebenar.
Telah didakwa bahawa agensi-agensi persekutuan dan pemimpin Umno
memberi kerakyatan kepada pendatang sebagai pertukaran untuk undi bagi
mengalahkan lawan politik di negeri itu di bawah Projek IC. Di bawah projek
itu, kata Chong, penduduk Melayu Sabah meningkat sebanyak 2,061 peratus
daripada hampir 18,000 pada tahun 1970, kepada 398,000 pada tahun 2010.
Chong, yang merupakan seorang saksi dalam siasatan Suruhanjaya
Siasatan Diraja mengenai Projek IC, percaya kini terdapat hanya 1.8 juta
penduduk Sabah yang sebenar, dengan 800,000 pendatang tanpa izin yang tinggal
di negeri ini, di mana 500,000 daripadanya mempunyai MyKad. Untuk membetulkan
keadaan tersebut, Chong berkata, pentadbiran negeri itu mesti menunjukkan
keazaman politik dan menangani masalah pendatang haram, walaupun ia mungkin
dilihat tidak berperi kemanusiaan untuk berbuat demikian."Jika anda
mempunyai satu pil yang boleh menyelamatkan nyawa orang, adakah anda akan beri
pada rakyat asing atau rakyat anda sendiri?" tanya Chong kepada hadirin di
forum yang anjuran DAP itu.
Disini penulis tertarik dengan kenyataan Chong berkenaan dengan "memberi kerakyatan kepada pendatang sebagai pertukaran untuk undi bagi mengalahkan lawan politik". Ayat ini mungkin boleh bermaksud bahawa pemimpin Umno beroleh pemerintahan di Sabah Sarawak dengan cara yang tidak adil kepada lawan dan paling mengerikan adalah menghianati hak rakyat Sabah Sarawak itu sendiri. Adakah pemerintah sekarang ini memerintah dengan baik setelah mendapat kuasa dengan cara yang salah. Anda sebagai pembaca dan rakyat Malaysia, bolehkah anda menerima pemerintah anda dengan cara sedemikian rupa. Membelakangi rakyat sendiri untuk kepentingan politik dan juga mungkin kepentingan parti dan yang paling merisaukan adalah melakukan perkara yang salah untuk kepentingan diri sendiri.
Fikirkan sejenak bagaimana rupa dan keadaan masa depan kita, masa depan anak-anak kita dengan mendapat rezeki dari pemerintah yang sedia dari awal telah melakukan salah dan telah mencuri hak rakyat Sabah Sarawak. Kepada rakyat Sabah Sarawak yang megetahui keadaan ini pasti akan menuntut hak mereka. Dalam masa yang sama mungkin mengutuk dan menyumpah kepada mereka yang telah merampas hak mereka. Apakah hasil dari kutukan dan sumpahan yang berniat? Anda fikirkan sendiri.
*Artikal ini diambil dari Malaysiakini dan dari pendapat penulis sendiri.