Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Thursday, 2 June 2016

ISU LOMBONG TEMBAGA MAMUT RANAU, SABAH


 Petikan dari MISLAN GANI


Assalamulaikum dan Selamat sejahtera .

Saya MISLAN  GANI...
Saya terpanggil untuk mengulas komen - komen yang sedang hangat diperkatakan diwasap2 dan di media sosial mengenai dengan bekas Lombong Tembaga Mamut Ranau,Sabah.

SAYA pemegang Sarjana Muda Sains dalam Bidang  Geologi(UKM 1988)
Saya adalah seorang geologis professional dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang eksplorasi mineral dan perlombongan khususnya bagi deposit profiri dan organik di rantau Asia dan Austrlia.saya merupakan bekas geologis kanan selama 10 tahun di Mamut Cooper Mining.Sudah tentu saya arif banyak perkara dari aspek teknikal, sejarah dan persekitaran bekas lombong tembaga mamut.

Sekiranya benar berlaku pemeluapan asid daripada tasik mamut, tentu sekali, mangsa yang pertama adalah tumbuh tumbuhan dan hidupan liar yang berada berhampiran dengan tasik berkenaan. Hakikatnya, berbagai jenis tumbuh tumbuhan telah hidup dengan subur dan banyak pula binatang liar seperti rusa, kijang, babi hutan, beberapa spesis kera,beruang, serta berbagai jenis burug hidup sihat walafiat dikawasan berkenaan hingga saat ini. Selama hampur 30 tahu lombong tembaaga mamut beroperasi, belum pernah direkodkan mana - mana individu mengalami simptom apatah lagi meninggal dunia akibat pemelwapan asid di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, tidak ada logam nikel di Mamut.yang ada adalah logam- logam seperti tembaga (Cu), emas (Au), (Fe), perak ( Ag ),besi ( Fe ) dan beberapa lagi logam minor ( sedikit ). Walau bagaimanapun,semua logam berkenaan adalah dalam bentuk sulfida ( bukan logam bebas ) oleh yg demikian ,logan logam tersebut tidak akan membahayakan kesihatan manusia. Tidak terdapat rekod mana mana individu yg telah jatuh sakit  atau meninggal dunia akibat keracunan logam logam berkernaan sepanjang lombong tembaga mamut beroperasi. Memang benar Air tasik mamut merupakan bersifat asid ( asid sulfrik ) tetapi tidak akan mendatangkan bahaya jika kita tidak menyentuhnya. ( pengunjung dilarang keras dan tidak dibenarkan sama sekali menghampiri tasik, apatah lagi menyentuhnya ).

Tanah ultramafik  atau ultrabasik yang terdapat di kawasan mamut adalah berasal dari luluhawa batuan serpentinite atau peridotite iaitu sejenis batuan gunung berapi. Tanah ini bersifat bes dan dapat mrneturalkan keasidan persekitaran. Bagi kes mamut, tanah ini digunakan dengan meluas dalam program pemuliharaan persekitaran dan telah terbukti amat berkesan dalam membantu pertumbuhan berbagai jenis rumput dan kayu kayan sekitan lombong berkenaan seperti yang kita saksikan pada masa sekarang.

Hakikatnya, tapak bekas lombong tembaga mamut telah terbiar dan dijadikan kawasan selama 17 tahun ( sejak 1999). Perkara ini terjadi disebabkan, tanggapan masyarakat yang kurang berpengetahuan dan beranggapan bahawa bekas lombong tersebut sagat merbahaya dan mendatangkan mudharat kepada orang ramai dan alam sekitar.

Akhirnya ,saya sangat berharap kepada semua masyarakat berfikir panjang dan fikir dahulu sebelu memberi kenyataan.dan dapatkan  / merujuk fakta yang sahih bagi mengelakkan sebarang spekulasi terhadap orag persorangan khasnya , dan masyarakat amnya.

Perkataan dan tingkahlaku kita mencerminkan pengetahuan dan  keintelektualan serta keperibadian kita.Dapatkan fakta sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan.

T.kasih






Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment