Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300
km dari barat laut Kota Kinabalu yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif
seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Terumbu atau Pulau Layang-Layang terletak di Laut China Selatan Pulau ini timbul hampir 2000
meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau
berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang
mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut
dalam yang menjadi
daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat
perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah
Pulau Layang-Layang mempunyai daya tarikan yang kuat dan sering diperkatakan kerana kecantikan terumbu karang di perairannya. Pulau yang terletak di barat laut Sabah ini adalah antara destinasi selam skuba paling terkenal di dunia. Dengan bentuk memanjang dan dikelilingi lautan yang jernih dan ditumbuhi rumput laut, pulau ini kelihatan seperti mutiara terapung di tengah laut. Layang-Layang Resort adalah satu-satunya resort yang terdapat di sini. Kemudahan asas dan aktiviti yang ditawarkan pihak resort menjadikan Pulau Layang-Layang pilihan utama pengunjung yang ingin merancang satu percutian hebat.
Jika ingin menenangkan fikir maka cubalah pergi lah ke sini. Disini ada banyak hal yang dapat menenangkan dan menyenangkan perasaan. Mulai dari terjangan ombak yang menjadi penghiburan tersendiri, suara burung-burung riang bernyanyi, angin pantai yang membuai, perahu layar yang terombang-ambing di ombak besar, birunya air laut dan banyak lagi.
Pantai Layang-Layang sendiri terkenal sebagai surganya bagi para peselancar dan pemancing. Ombaknya yang besar dapat menghanyutkan perasaan setiap surfer yang hobinya meliuk-likukkan tubuhnya diatas gulungan ombak besar. Ada beberapa spotsurfing yang harus Anda coba untuk menguji kemampuan berselancar Anda. Makanya tak heran para peselancar asing senang sekali berkunjung ke pantai ini. Kelebihan lainnya ialah alam bawah lautnya yang sangat indah dan kaya akan flora dan fauna. Beberapa fauna yang ada disini mulai barakuda, jack, hiu martil, pelagis dan lainnya.
Sumber : Layang Layang Sabah