Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Tuesday 3 July 2012

Sejarah Daerah Ranau


Asal Usul Nama Daerah Ranau
 
Ranau berasal dari perkataan 'RANAHON' yang membawa maksud kawasan SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Dusun Daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau iaitu terletak di Banjaran Croker. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa Dusun 'RANAHON'. Panggilan singkat bagi 'RANAHON' ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah RANAU.
Latar Belakang Daerah Ranau
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan dan Beluran sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an.
Keluasan Daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5km persegi. Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadanan baru yang melibatkan Daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas Daerah Ranau akan bertambah kepada 3,555.51km persegi.
Sumber pendapatan penduduk adalah pertanian 50%, pelancongan/swasta 7% dan kakitangan kerajaan 13%. Jumlah Penduduk (Berdasarkan Kepada Bancian Penduduk Tahun 2000)
Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya ialah Banjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.


***Sumber:
     Pejabat Daerah Ranau

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment