Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Thursday 1 May 2014

WALAI TOKOU HOMESTAY, KUNDASANG RANAU SABAH

Walai Tokou Homestay terletak di Kundasang Ranau. Kira-kira 98 km dari bandaraya Kota Kinabalu. Lokasi homestay ini dari pekan Ranau pula kira-kira 13 km. Dari homestay ini pengunjung boleh saja melihat keindahan Gunung Kinabalu di depan mata. Dengan kedudukan homestay yang berada di laluan utama iaitu di tepi jalan besar memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi homestay ini. Agak mustahil untuk anda tersesat untuk mencari lokasinya.






Dalam bahasa tempatan iaitu bahasa Dusun, "Walai Tokou" bermaksud "Rumah Kita " Dengan suhu yang rendah di sini, setiap peserta Homestay tidak menyediakan penghawa dingin mahupun kipas dalam rumah.




Lokasi tarikan pelancong yang terdekat di sini adalah Taman Peringatan Zaman Perang Dunia Ke Dua. Dari sini anda boleh mengunjungi Poring Hot Spring, Kinabalu Park, Luanti Tagal dan massage ikan.




Homestay ini sesuai untuk dijadikan persingahan sebelum anda melawat tempat menarik yang lain yang berada di sekitar Daerah Ranau.

Misompuru Homestay Kudat, Sabah

Homestay ini terletak di daerah Kudat, Sabah.  Homestay ini merupakan salah satu homestay yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong dalam dalam luar Negara di Sabah.


Homestay ini boleh dihubungi melalui jalan darat dan jalan udara. Bagi perjalanan melalui darat perlukan masa dalam 2 jam 30 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi perjalanan udara pula hanya memerlukan dalam masa kurang 40 minit.
 


Di Homestay ini, pengunjung boleh melakukan banyak aktiviti yang menyeronokan seperti mandi manda di pantai, memancing, menangkap ketam di paya bakau, Jungle Trekking, Camping & Picnic (Beach & Jungle), Bicycle Ride & Buffalo Ride dan banyak lagi.
 




Jika anda bertuah, anda berpeluang untuk menghadiri upacara majlis perkahwinan cara orang Rungus yang pasti akan menarik perhatian anda.


Salah satu yang pasti menarik untuk di lawati di sini atau anda inginkan pengalaman baru, anda boleh untuk tidur di Rumah Panjang Rungus yang pasti menjadi salah satu pengalaman menarik.

Sumber :Misompuru Homstay, Sabah