Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Thursday 14 July 2016

KAMPUNG MARAKAU FEEDING FISH RANAU

MARAKAU FEEDING FISH

Kg. Marakau terletak kira-kira 4.4 km dari Pekan Ranau dan kira-kira 112 km dari Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Admin berkesempatan untuk melawat satu kawasan sungai iaitu Sungai Mansahaban yang telah "DITAGAL" (Larangan Menangkap Ikan) untuk menjaga habitan pelbagai jenis ikan di sungai ini. Lokasi ini mudah dikunjungi dan dekat dari jalan utama serta berhampiran dengan Stesen Akuakultur Air Tawar, Marakau Ranau.

Buat masa ini, pengunjung tidak dikenakan bayaran untuk masuk.  Pengunjung cuma digalakkan untuk membeli makanan ikan yang dijual RM 1 bagi setiap pek kecil.  Pengunjung boleh merendamkan kaki sambil memberi makan kepada ikan.  Terdapat pelbagai jenis ikan di sungai ini yang jinak akan segera datang apabila anda memberi makan kepada ikan-ikan ini.

Disini, pengunjung boleh memberi makan kepada ikan-ikan ini dengan tangan atau menggunakan kaki (Makanan ikan yang telah dicantumkan).

Salah satu aktiviti istimewa disini adalah memberi makan kepada belut sungai yang jinak dan boleh disentuh, tetapi pengunjung perlu meminta kebenaran dari kakitangan yang bertugas.  Namun aktiviti ini masih terhad kepada pengunjung. Admin bertuah kerana berpeluang melihat aktiviti memberi makan kepada belut sungai ini.

Bagi pengunjung yang tertanya- tanya jenis ikan yang terdapat disini, silalah meluangkan masa untuk berkunjung di tempat ini. Anda tidak akan rugi.

Pesanan admin kepada pengunjung, sila jaga kebersihan kawasan sungai ini dan beri makan kepada ikan-ikan disini dengan lemah lembut.. :)

Gambar yang admin sertakan tidak berapa elok (Pinjam dengan rakan).. Tetapi sekurang-kurangnya memberi bayangan kepada pengunjung.






... Ikan besar kan...
...Bukan setakat ikan sungai....