Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Monday 21 April 2014

PULAU LAYANG LAYANG SABAH



Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu yakni dalam lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terumbu atau Pulau Layang-Layang terletak di Laut China Selatan Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah



Pulau Layang-Layang mempunyai daya tarikan yang kuat dan sering diperkatakan kerana kecantikan terumbu karang di perairannya. Pulau yang terletak di barat laut Sabah ini adalah antara destinasi selam skuba paling terkenal di dunia.  Dengan bentuk memanjang dan dikelilingi lautan yang jernih dan ditumbuhi rumput laut, pulau ini kelihatan seperti mutiara terapung di tengah laut. Layang-Layang Resort adalah satu-satunya resort yang terdapat di sini. Kemudahan asas dan aktiviti yang ditawarkan pihak resort menjadikan Pulau Layang-Layang pilihan utama pengunjung yang ingin merancang satu percutian hebat.



Jika ingin menenangkan fikir maka cubalah pergi lah ke sini. Disini ada banyak hal yang dapat menenangkan dan menyenangkan perasaan. Mulai dari terjangan ombak yang menjadi penghiburan tersendiri, suara burung-burung riang bernyanyi, angin pantai yang membuai, perahu layar yang terombang-ambing di ombak besar, birunya air laut dan banyak lagi.










Pantai Layang-Layang sendiri terkenal sebagai surganya bagi para peselancar dan pemancing. Ombaknya yang besar dapat menghanyutkan perasaan setiap surfer yang hobinya meliuk-likukkan tubuhnya diatas gulungan ombak besar. Ada beberapa spotsurfing yang harus Anda coba untuk menguji kemampuan berselancar Anda. Makanya tak heran para peselancar asing senang sekali berkunjung ke pantai ini. Kelebihan lainnya ialah alam bawah lautnya yang sangat indah dan kaya akan flora dan fauna. Beberapa fauna yang ada disini mulai barakuda, jack, hiu martil, pelagis dan lainnya.







Tuesday 8 April 2014

PULAU SAPI, SABAH

Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul RahmanMalaysia dan hanya dalam masa 15 minit untuk sampai dari jeti Jesselton Point Kota Kinabalu menaiki bot.


Pulau Sapi terletak hanya di hujung barat daya Pulau Gaya. Pulau seluas 25-ekar (10 ha) memiliki pantai yang terbaik di taman ini dan popular dikalangan pelancong bagi aktiviti snorkeling dan menyelam. 



Antara 10am dan 4pm pulau ini sibuk dengan pelancong asing tetapi selepas feri terakhir berlepas pulang ia menjadi pulau yang aman dengan hanya mereka yang tinggal bermalam di situ. Ia dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air. Hutan itu didiami oleh macaques. Berkemah dan unggun api dibenarkan dengan kebenaran Warden Taman.





Kepada mereka yang inginkan merehatkan minda dan fizikal dari kesibukan kerja, boleh berkunjung ke Pulau Sapi.


Sumber: Google Image

LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary Sandakan merupakan satu kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk para pengunjung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi.


 
Tempat ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.



Pengembaraan melalui sungai juga boleh diaturkan untuk melihat Monyet Belanda dengan lebih dekat atau melihat burung-burung yang terdapat di sana seperti Burung Enggang dan Burung Raja Udang.


Pengunjung boleh memilih pengembaraan pada waktu malam untuk melihat tupai terbang, kelip-kelip dan buaya.



Tempat ini juga menyediakan rumah kecil dengan kemudahan seperti penghawa dingin dan bilik berkembar atau asrama bagi para pengunjung yang ingin bermalam di sana.






Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kerja di kota.



Sumber : Sandakan

Monday 7 April 2014

TAMAN PERTANIAN SABAH

Taman Pertanian Tenom Sabah merupakan salah satu tempat yang menarik dan mempunyai  pelbagai spesies tanaman. Ia terletak di Lagud Sebrang kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom.  Dengan berlatar belakangkan Banjaran Kroker wujud pemandangan yang indah di taman ini. Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian.








Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan.




Taman Pertanian ini boleh dihubungi dengan kenderaan yang memakan masa selama 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu iaitu sejauh 200km.




Taman Pertanian ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi lawatan untuk pelajar bagi tujuan pembelajaran. Di taman ini ditanam dengan pelbagai jenis buah-buahan untuk membolehkan pengunjung atau pelajar lebih dekat lagi kepada tanaman buah-buahan.



KLIAS WETLANDS, BEAUFORT SABAH

Sungai Klias yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar raya Kota Kinabalu, merupakan lokasi menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Kehadiran pelancong di sini sentiasa meningkatkan walaupun bukan pada hujung minggu. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pelancong yang berkunjung ke Sabah kini tidak tertumpu ke destinasi popular sedia ada seperti Taman Kinabalu terutamanya Gunung Kinabalu, malah turut memilih destinasi  baru yang dapat menyajikan keunikan dan kepelbagaian. 


 Sungai Klias menyajikan pelbagai daya tarikan yang melibatkan kehidupan haiwan liar seperti beberapa spesies monyet, kelip-kelip, bersantai menaiki bot di sungai berkenaan dan sajian makanan tradisional penduduk tempatan yang enak.



Jumlah pelancong di sini bertambah berkali ganda terutama pada cuti hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum. Pelancong yang hendak mengunjungi Sungai Klias boleh membuat tempahan awal dengan agensi-agensi pelancongan bagi memastikan kehadiran mereka dapat diterima.  Lembaga Perlancongan Sabah (STB)juga giat mempromosikan Sungai Klias serta destinasi-destinasi yang lain bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri itu.



Di Sabah dianggarkan Terdapat  6,000 hingga 7,000 ekor monyet proboscis yang masih terdapat di Borneo.  Sungai Klias juga menawarkan pengunjung dengan hidupan lain seperti tupai pinang, burung keruak, musang, kera dan banyak lagi.




Waktu malam pula, pelancong berpeluang melalui pengalaman menarik iaitu melihat kelip-kelip yang terdapat di pokok-pokok di sepanjang Sungai Klias. Sementara hendak menunggu waktu petang atau malam bagi melihat kelip-kelip, pelancong disajikan dengan makanan tradisional penduduk tempatan di restoran-restoran yang terletak di tepi Sungai Klias.






Bagi mereka yang ingin mengalami suasana kelainan dalam percutian di Sabah, pengunjung boleh melawat Sungai Klias ini.


Sumber gambar : Google


GAYA STREET SUNDAY MARKET (PASAR AHAD)

Jalan Gaya Pasar Ahad merupakan salah satu tarikan pelancong luar dan dalam negeri.  Di pasar ini anda boleh melihat dan merasakan suasana yang sangat meriah. Pasar ini dibuka seawal 6.00 pagi setiap hari ahad.




 Kepada mereka yang pernah mengunjungi pasar ini pasti merasakan rasa teruja untuk kali pertama melawat pasar ini. Di pasar ini anda menemukan pelbagai barang, haiwan, makanan, barang antik dan banyak lagi yang dijual di sini.






Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke sini, anda jangan terkejut dengan suasana yang bersesak-sesak di sini. Bagi  mereka yang tidak suka  bersesak-sesak, anda tidak disarankan datang ke sini.







 Pengunjung pertama kali datang ke Sabah, ini merupakan tempat pertama yang sesuai untuk anda lawati. Dan kemudian anda mungkin boleh berehat di pulau-pulau berdekatan Bandaraya ini selepas penat bejalan.

Sumber gambar: Google




Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)

Bangsa Rungus merupakan salah satu Kaum Asli penduduk Sabah. Pada zaman dahulu, Kaum Rungus tinggal di rumah panjang di panggil "BINATANG" dalam bahasa Rungus yang bermaksud bambu yang dibelah kecil-kecil dan disusun rapi sebagai lantai dan dinding rumah panjang tersebut diambil dari kulit kayu yang terpilih. Atap rumah panjang ini dibina dari daun nipah.




Kg.Bavanggazo atau lebih dikenali sebagai Rungus Longhouse terletak 41KM dari Pekan Kudat dan 98KM dari Bandaraya Kota Kinabalu dalam 2 jam 30 minit perjalanan.



 Kepada mereka yang berminat untuk mengalami sendiri suasana tinggal di rumah panjang ini, boleh berkunjung ke Kudat.





Untuk maklumat lanjut, pembaca atau pengunjung boleh melayari link ini.
Sumber lain: SABAHTOURISM