Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Monday 7 April 2014

KLIAS WETLANDS, BEAUFORT SABAH

Sungai Klias yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar raya Kota Kinabalu, merupakan lokasi menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Kehadiran pelancong di sini sentiasa meningkatkan walaupun bukan pada hujung minggu. Keadaan ini memperlihatkan bahawa pelancong yang berkunjung ke Sabah kini tidak tertumpu ke destinasi popular sedia ada seperti Taman Kinabalu terutamanya Gunung Kinabalu, malah turut memilih destinasi  baru yang dapat menyajikan keunikan dan kepelbagaian. 


 Sungai Klias menyajikan pelbagai daya tarikan yang melibatkan kehidupan haiwan liar seperti beberapa spesies monyet, kelip-kelip, bersantai menaiki bot di sungai berkenaan dan sajian makanan tradisional penduduk tempatan yang enak.



Jumlah pelancong di sini bertambah berkali ganda terutama pada cuti hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum. Pelancong yang hendak mengunjungi Sungai Klias boleh membuat tempahan awal dengan agensi-agensi pelancongan bagi memastikan kehadiran mereka dapat diterima.  Lembaga Perlancongan Sabah (STB)juga giat mempromosikan Sungai Klias serta destinasi-destinasi yang lain bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri itu.



Di Sabah dianggarkan Terdapat  6,000 hingga 7,000 ekor monyet proboscis yang masih terdapat di Borneo.  Sungai Klias juga menawarkan pengunjung dengan hidupan lain seperti tupai pinang, burung keruak, musang, kera dan banyak lagi.




Waktu malam pula, pelancong berpeluang melalui pengalaman menarik iaitu melihat kelip-kelip yang terdapat di pokok-pokok di sepanjang Sungai Klias. Sementara hendak menunggu waktu petang atau malam bagi melihat kelip-kelip, pelancong disajikan dengan makanan tradisional penduduk tempatan di restoran-restoran yang terletak di tepi Sungai Klias.






Bagi mereka yang ingin mengalami suasana kelainan dalam percutian di Sabah, pengunjung boleh melawat Sungai Klias ini.


Sumber gambar : Google


Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment