Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Friday 4 April 2014

SEMPORNA SABAH, PUSAT PELANCONGAN 5 BINTANG

Semporna Sabah, antara Daerah yang sempurna dari segi nilai pelancongan.
Daerah ini dianugerahkan dengan pulau-pulau yang sangat indah dan lokasi sukan air yang sangat sempurna.







Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, snorkeling, berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan
Terdapat lebih 20 Operator Pelancongan wujud di Semporna bagi pengurusan Hotel/Resort, kursus menyelam(PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan Island Hopping dan memancing. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam. 



Untuk tujuan menyelam, Snorkeling, berkelah, berbulan-madu, Island-Hopping dan menginap di Resort rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan Taman Marin Tun Sakaran.



Bagi penggemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, rapala, kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di Pekan Daerah Semporna seperti dikawasan pasar, Ssupermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan Resort floating Dragon-Inn). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti Sunblock/Sunscreen) boleh didapati di Guardian, Semporna.





Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-tampi merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang suka mengkaji Kehidupan lampau


Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment