Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Monday 2 June 2014

NGO SABAH CEGAH USAHA KUMPULAN ISLAMKAN PENGANUT KRISTIAN

Sekumpulan badan bukan kerajaan dari Sabah bekerja siang dan malam bagi mewujudkan kesedaran terhadap penganut Kristian miskin terutamanya di kawasan pedalaman apabila semakin banyak kumpulan Muslim cuba mengislamkan mereka.

Enggan dinamakan, salah seorang daripada koordinator kumpulan berkenaan berkata kepada The Malaysian Insider, pemimpin parti daripada kedua-dua pihak, gereja, dan NGO bukan Islam berganding bahu menghalang usaha berkenaan.
"Lebih sedozen kumpulan, atau NGO Muslim terlibat. Mereka cuba mengislamkan penganut Kristian kepada Islam dengan sebanyak mungkin.
"Mereka bergerak untuk mengislamkan penganut Kristian di luar bandar, yang kebanyakannya buta huruf kepada Muslim," katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kumpulan NGO berkenaan adalah daripada Semenanjung, namun antara yang paling aktif adalah NGO dari Sabah.
Katanya, mereka adalah penduduk pribumi yang diislamkan.
"Bercakap dalam bahasa ibunda mereka memberikan kelebihan kepada NGO Islam dari Semenanjung," katanya.
Difahamkan, sebahagian daripada mereka yang aktif mengislamkan penduduk tempatan menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk kumpulan sasaran mereka.
"Mereka akan pergi kepada penduduk kampung yang miskin di pedalaman dan menawarkan ganjaran, kebiasaannya sejumlah wang yang banyak," kata koordinator itu.
Awal tahun ini, sekumpulan 64 individu, termasuk kanak-kanak daripada tiga perkampungan di pinggir Pitas - Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – mendakwa mereka ditipu memeluk Islam.
Mereka berkata, seorang jiran memberitahu "ada orang dari Kuala Lumpur" memberikan "bantuan kewangan" sebanyak RM800, tetapi mereka perlu ke Pitas untuk mendapatkannya.
Pada Tahun Baru, mereka ke bandar, dan kemudiannya di bawa ke masjid berhampiran.
Penduduk kampung kemudiannya diberikan RM100 dan diminta cap jari mereka diambil. Mereka kemudiannya diarahkan berbaris dan menyebut "perkataan asing."
Penduduk kampung mendakwa mereka diislamkan selepas membawa dokumen berkenaan kepada pemimpin gereja.
Presiden Gereja Protestant Sabah, Rev Jensey Mojuin, berkata kepada The Malaysian Insider pemimpin gereja akan bertemu pada Rabu untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
"Kita mahu mendengar daripada pastor tentang apa yang berlaku," kata Mojuin.
Mojuin berkata, beliau turut menerima laporan sama di Kudat, Kota Marudu, Kanibongan dan Paitan.
"Semuanya daripada akhbar," katanya, dan menambah PCS mempunyai kira-kira 43,000 keahlian.
PCS adalah merupakan salah satu daripada empat anggota Kesatuan Lutheran Dunia di Malaysia. - 22 J

sabahdaily

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment