Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Friday, 6 June 2014

FISH MASSAGE AT PORING HOT SPRING?


Pernahkah anda berkunjung ke Poring Hot Spring, Ranau? Tempat ini terkenal dengan Air Panas Semulajadi. Terkenal dengan Jambatan Gantungnya, Air Langanan yang merupakan salah satu air terjun yang tercantik dan antara yang tertinggi di Malaysia. Taman rama-ramanya, kawasan mandi manda yang panas dan juga sejuk untuk merehantkan minda dan fizikal yang letih.

Namun, pernah anda mendengar dan mengalami sendiri tarikan terbaru dan belum dikenali di Poring Hot Spring iaitu Fish Massage. Fish massage ini boleh anda alami sendiri di Air Terjun Kipungit yang hanya 10 minit perjalanan dari tempat mandi manda di Poring. Ikan yang melakukan massage ini bukan ikan seperti di Fish Massage Luanti yang besar-besar, di sini anda akan mengalami ciuman dan kucupan ikan yang kecil-kecil, tidak sebesar jari kelingking anda pun. Ikan ini jenis yang memakan lumut, namun agak mengelikan pada pertama kali mengalami. Namun ianya amat menyeronokan setelah semakin banyak ikan yang mencium dan mengucup kaki anda. Dalam bahasa tempatan iaitu bahasa Kaum Dusun ikan ini dipanggil ikan " DUNGKAROW"

Untuk mereka yang belum pernah mengalami sendiri Fish Massage ini, bolehlah berkunjung ke Hot Spring, Ranau. Lagi pun Fish Massage ini adalah "PERCUMA/FREE".

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

1 comments: