Lembah Danum terletak di daerah Lahad Datu Sabah. Kawasan ini kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Hutan ni menjadi habitat pelbagai binatang seperti Badak Sumatera, Orang Utan, pelanduk, harimau akar dan lebih dari 270 jenis burung yang boleh ditemui di hutan yang cantik ini.
Kepada mereka yang berminat untuk menjejakan kaki di sini, anda boleh menghubungi banyak syarikat pengandalian pelancong yang berdaftar secara sah di Sabah. Perjalanan mengambil masa dalam dua jam lebih dari Bandar Lahad Datu untuk sampai ke kawasan utama yang menjadi tumpuan pelancong dengan menggunakan kereta atau dengan pacuan 4 roda. Perjalanan melaluai jalan yang tidak berturap namun dijaga dengan sangat baik oleh pihak yang bertanggunjawab.
Pengunjung juga boleh menghubungi Pejabat Pelancongan Sabah untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment