Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Wednesday 25 July 2012

Borneo Street Dance Competition 2012

 http://www.facebook.com/BSDC2012

About

Promoting domestic tourism within Sabah, Sarawak & Labuan. BSDC strengthens bonds and nurture youths through healthy lifestyle as depicted in the theme of Tourism Thru Dance.
 
Description :
BSDC is organized by the Ministry of Tourism Malaysia (Sabah, Sarawak & WP Labuan) . Traveling patterns are changing due to globalization and the world evolves. Young generations nowadays may travel or visit another place for the purpose of attending events that suit their interests. Therefore this event aims of promoting tourism and invite youths as the medium through providing them a platform to showcase their talents, skill and energy. This also give them a space to expand their networking thus inculcate integrations among them.

Tourism Thru Dance
 
 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
   
Acara ini diadakan secara dua peringkat bagi Kategori Terbuka Borneo (WP Labuan, Sabah dan Sarawak) dan Kategori Terbuka BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina) :

KATEGORI TERBUKA BORNEO (WP Labuan, Sabah & Sarawak)
a)      Peringkat Negeri (Pusingan Kelayakan)
Pusingan Kelayakan untuk memilih tiga kumpulan terbaik untuk bertanding di peringkat akhir.

b)      Peringkat Akhir
Sebanyak 9 kumpulan terbaik daripada WP Labuan, Sabah dan Sarawak akan bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

KATEGORI TERBUKA BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia & Fillipina)
a)      Peringkat Akhir
Sebanyak 4 kumpulan terbaik daripada setiap negara akan bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Juara BSDC 2011 akan layak secara automatik sebagai wakil Malaysia.

2.             SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Penyertaan peserta adalah terbuka kepada warga negara Malaysia (lelaki atau perempuan) yang berusia diantara 13 hingga 40 tahun. Bagi peserta di bawah 18 tahun dikehendaki mendapat kebenaran dari ibubapa/penjaga dengan melengkapkan Borang Pelepasan Ibubapa/Penjaga.
  2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri dari 3 orang hingga 6 orang peserta dalam setiap kumpulan.
  3. Tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran peserta atau pengganti sepanjang pertandingan berlangsung.
  4. Nama kumpulan hendaklah tidak mengambarkan perkataan yang berunsurkan Keagamaan dan Perkauman.
  5. Setiap ahli kumpulan hendaklah bebas dari pengaruh dadah dan alkohol.
  6. Muzik persembahan setiap pusingan hendaklah dikemukakan dalam bentuk “CD Format - MP3File” (3 hingga 5 minit). Pakaian, aksesori dan hiasan diri adalah tanggungjawab setiap kumpulan.
  7. Lirik lagu tidak mempunyai perkataan-perkataan yang kurang sopan, keagamaan, perkauman  dan sebagainya yang boleh menjejaskan budaya rakyat Malaysia.
  8. Setiap kumpulan hendaklah mengemukakan Gambar Berkumpulan bersaiz 5R.
  9. Pakaian peserta hendaklah sopan dan tidak menjolok mata.
  10. Salinan Kad Pengenalan/Passport bagi setiap peserta hendaklah disertakan bersama borang penyertaan.
  11. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 setiap kumpulan dan tidak akan dikembalikan.
  12. Pihak penganjur berhak membatalkanmana-mana  penyertaan kumpulan sekiranya tidak mematuhi syarat-yarat pertandingan yang telah ditetapkan.
  13. Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang dialami oleh peserta semasa menyertai pertandingan ini.

3.             KRITERIA PENILAIAN
a.      Setiap kumpulan akan dinilai oleh juri yang dilantik oleh pihak penganjur mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
b.      Keriteria penilaian adalah seperti berikut :

1.Choreography & Originality (25%)
2.Musicality & Timing (25%)
3.Techical Skill (15%)
4.Syncronization (15%)
5.Showmanship/Attitude/Facial Expression (10%)
6.Costume (10%)

JUMLAH 100%

c.       Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

4.             HADIAH
KATEGORI TERBUKA BORNEO (WP Labuan, Sabah & Sarawak)
a.          Hadiah kepada pemenang pertandingan PERINGKAT NEGERI adalah:
JOHAN                       : RM 1,500.00 / SIJIL
NAIB JOHAN              : RM 1,000.00 / SIJIL
KETIGA                      : RM 500.00 / SIJIL

b.          Hadiah kepada pemenang pertandingan di PERINGKAT AKHIR adalah:
JOHAN                       : RM 5,000.00 / TROFI / SIJIL / PIALA PUSINGAN
NAIB JOHAN              : RM 3,000.00 / TROFI / SIJIL
KETIGA                       : RM 2,000.00 / TROFI / SIJIL
6 SAGUHATI              : RM 500.00 / TROFI / SIJIL
Hadiah Juri          a)      Best Choreography       :   Trofi
                            b)      Best Costume                :  Trofi


KATEGORI TERBUKA BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia & Fillipina)
b.          Hadiah kepada pemenang pertandingan di PERINGKAT AKHIR adalah:
JOHAN                       : RM 5,000.00 / TROFI / SIJIL
NAIB JOHAN              : RM 3,000.00 / TROFI / SIJIL
KETIGA                       : RM 2,000.00 / TROFI / SIJIL
KEEMPAT                   : RM 1,000.00 / TROFI / SIJIL
Hadiah Juri          a)      Best Choreography       :   Trofi
                            b)      Best Costume                :  Trofi

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 03 September 2012 (Isnin) di alamat seperti berikut :

Urusetia Pertandingan 
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sabah 
Tingkat 4, Wisma San Hin, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu 
Tel : 088-269710/711/712
 
 
 
BSDC Form 2012
 
 
 
http://www.facebook.com/BSDC2012

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment