Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Wednesday 4 June 2014

Pendaftaran PATI di Sabah didalangi oleh UMNO?

Kebelakangan ini isu PATI di Sabah semakin hangat diperkatakan. Ini membuktikan bahawa UMNO/BN di Sabah semakin tergugat dan yakin bahawa kuasa mereka bakal hilang nanti. Walaupun jelas aktiviti haram ini dilakukan secara terbuka, namun tiada apa-apa tindakan undang-undang diambil terhadap penyelewengan ini.

Malah kita yakin bahawa keselamatan negara turut terancam dengan pendaftaran PTI sebagai warganegara kerana mereka akan bebas kemana sahaja, bahkan ke Semenanjung. Inilah kemusnahan yang sedang dibina oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Pendatran ini berlaku di Semporna dan persoalannya sekarang, kenapa pendaftaran ini dibuat di Bilik Gerakan Barisan Nasional..?



Kilang KP UMNOBN beroperasi dipejabat ADUN Sinallang dengan bantuan kakitangan JPN yang menggunakan 5 kenderaan rasmi JPN. JPN ada pejabat di Semporna, kenapa harus beroperasi dipejabat ADUN UMNOBN

Gambar suasana di adun Senalang,Tetapi Datuk Nasir telah menafikan dalam keluaran Daily Express sebelum ini, dan hanya untuk Kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil lahir. Tetapi di manakah kanak-kanak itu dalam gambar ?

Kepada sesiapa yang tidak mempercayai projek I/C ini, sila berfikir sejenak dan fikirkan kenapa isu PTI di Sabah tidak pernah selesai. Dan mata anda sendiri orang Sabah melihat sendiri keadaan di seluruh Negara Sabah tercinta kita ini.


Sumber : sabahdaily

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

0 comments:

Post a Comment